AMANI menuruni tangga untuk pergi ke kantin pada waktu rehat bersama Ainaa.Mereka berbual tentang sepupu Nadhirah yang baru memasuki sekolah mereka semalam.Amani gemar melihat orang yang lalu lalang.Tiba-tiba Amani mematikan langkahnya apabila terlihat wajah itu.Wajah yang sering mengekorinya beberapa hari ini.Lantas bayangan kelmarin merasuk dirinya untuk statik di situ tanpa bergerak.
:) :) :)
Amani megeluh perlahan.Baru sahaja berangan-angan hendak menghabiskan masa di rumah tetapi mereka perlu pulang ke kampung untuk melawat datuknya yang dirawat di Hospital Pulau Kijang,Kedah.Terngiang-ngiang kembali pesana ibunya yang baru ditelefon sebentar tadi.Kini.mereka telah pun tiba di hospital.Amani mendahului langkah ayah dan ibunya walaupun dia tidak tahu di manakah terletaknya wad yang diduduki oleh datuknya.Amani hanya mengikut sahaja arah yang diberitahu ibunya di belakang.
Tiba di wad datuknya.Amani mencapai pemegang pintu itu namun dirinya kaku melihat seseorang.Wajah yang bersih itu tersenyum melihat Amani.Amani hanya memandang raut wajah yang tenang itu. Mata mereka bertembung.Dan mereka hanya saling memandang antara satu sama lain.Sel saraf Amani tidak mampu menghantar sebarang maklumat kepada otaknya.
Ayahnya yang baru tiba di situ memegang bahu anaknya yang hanya memandang ke dalam wad itu.Ayah Amani sedia maklum bahawa anak perempuannya yang seorang itu tidak suka dengan suasana hospital.Amani tersedar apabila ayahnya mengarahkannya untuk membuka pintu.
''Papa masuklah dulu.''Ayahnya hanya mengangguk.Amani menuruti langkah ibunya sambil memandang ke arah lantai.Tiada keberanian untuk menatap mata lelaki ajnabi itu lagi.Amani bersalaman dengan datuk dan neneknya apabila mereka tiba di katilnya.Wad VIP itu hanya dipenuhi suara mereka sekeluarga sahaja memandangkan ahli keluarga yang lain belum tiba.Amani hanya bersuara apabila ditanya tentang perkembangan diri.Tiada mood untuk senyum mahupun berbual.Hanya membisukan mulut.
Neneknya bercadang untuk makan tengahari di sekitar hospital sahaja.Respons Amani hanya menggeleng dan menganggukkan kepala sahaja.Ibunya risau apabila melihat anak gadisnya itu diam.
''Betul ke Amani tak nak makan apa-apa.Nanti perut kosong,dah la minum pun tak nak.Pergilah cari kuih-muih kat gerai sana''.Amani hanya melangkah tanpa tujuan.Amani meninjau jenis kuih-muih yang dijual, namun tetap tidak dapat membangkitkan seleranya.Amani kembali duduk di tempatnya.
''Laa.........Kenapa tak beli kuih?Tak selera makan nasi,makan lah kuih.''.Sekali lagi Amani hanya menjawab dengan gelengan.
''Kenapa dengan cucu nenek ni?Berdiet ke?'' Neneknya bersuara dalam nada gurauan, namun Amani hanya memandang neneknya sepi.Wajah itu seolah-olah telah membunuh selera dan ekspresi mukanya.Amani melemparkan pandangan ke kereta dan orang yang lalu lalang di jalan raya.Matanya menangkap kelibat lelaki tadi.Dia sedang menuju ke arah meja mereka.Jantungnya mula berdegup.'Buat apa lah dia datang sini?Bukannya ada makanan kat sini.'Monolog Amani sendiri di dalam hati.
Amani tidak dapat menangkap butir bicara pemuda itu dengan neneknya.Amani hanya memerhati.Amani dapat mengagak bahawa neneknya sedang memperkenalkan ahli keluarga mereka kerana jari telunjuknya mengarah kepada ayahnya,ibunya serta dirinya juga.Pemuda itu tersenyum melihat Amani yang memandangnya kosong.Tidak lama kemudian,pemuda itu meminta diri.Amani tergelak dalam hati apabila melihat lelaki itu berjalan mencari makanan di gerai-gerai dengan memakai baju hospital yang bewarna hijau.Serentak itu,Amani memandang bajunya.Hijau juga.
:) :) :)
Amani bertekad untuk mengetahui nama lelaki itu apabila tiba di wad.Namun hasratnya terbantut apabila ibunya menyuruhnya memakan apam balik yang dibeli nenek.Amani mengambil keputusan untuk menikmati apam balik itu di luar setelah mendapat keizinan ibu bapanya.Amani makan sambil membaca buku yang dibawa untuk menghilangkan rasa bosan.Buku telah menjadi sahabatnya sejak kecil lagi kerana dia percaya -membaca tiket kecemerlangan.Amani memaksa tekaknya untuk menelan makanan itu.
Apabila Amani menoleh ke belakang,dia ternampak lelaki itu.Kebetulan lelaki itu sedang mengunyah makanan apabila Amani bertembung anak mata dengannya.Amani mengeluh lagi.'Mengapalah lelaki ni kene muncul depan aku masa tengah makan?'Omelnya dalam hati.Setelah selesai makan,Amani masuk ke dalam wad datuknya.''Amani dah habiskan apam balik tu ke?''Tanya ibunya.''Kenapa tak habis jugak?Sikit je ni kan...''Amani mengambil tempat duduk di ruang rehat yang mempunyai televisyen.Fikiran Amani kembali mengingati nama yang tertera di katil pemuda itu.Muhammad Abu Bakar. Nama yang cantik.Amani tersenyum sendiri.
:) :) :)
Keesokan harinya,pihak hospital membenarkan datuknya keluar dari hospital kerana keadaannya yang sudah stabil.Entah mengapa,Amani sendiri tidak mengerti akan perasaannya ketike ibunya mengkhabarkan berita itu.Hatinya terbahagi dua,gembira kerana dapat meluangkan masa bersam datuknya selepas ini dan sedih kerana tidak dapat bertemu dengan Muhammad lagi.
No comments:
Post a Comment