''Amani,kau bawak tak buku yang aku pesan tadi?''
''Ada di sini.Nah,tengoklah.Buku tu bagus tau sebab ada banyak contoh,huraian daan berwarna-warni.''
''emm.Betullah.Pandai kau pilih buku ni.''
''Memang lah.Kalau tak takkan boleh dapat nombor tertinggi dalam kelas.''
''Perasan je lebih mak cik ni.''Raika mengusik Amani.Amani ialah seorang rakan yang baik,sopan dan berpegang teguh kepada sesuatu perkara.Amani juga seorang yang peramah hanya pada orang yang rapat dengannya sahaja.
:) :) :)
Sedang mereka tekun belajar,tiba-tiba Raika bersuara.
''Sesiapa yanng tak hantar buku latihan Bahasa Arab lagi,cepat hantar atas meja aku sebelum pukul 4 petang''
''Ish,apalah tetiba je cakap,terkejut aku!''Amani merungut.
''Betulkah,kenapa tak pengsan je terus tadi?''Raika yang bersikap selamba itu memerli Amani.Amani segera memukul tangan Raika.Kejadian usik mengusik antara mereka terhenti apabila mendengar suara.
''Raika, bila kau nak buku ni?''sebuah suara yang pelik kedangaran.Raika mengangkat muka nya untuk memandang gerangan suara itu sebelum tergelak kecil.''Kalau dah siap hantar je lah.''
Amani turut memusingkan kepalanya untuk mengetahui pemilik suara aneh itu.Amani turut tergelak selepas melihat wajah pemilikitu.''Siapa itu,Raika?Kelakarlah suara dia.''Amani bertanya.
''Nama dia Alif Syahizi.Suara dia sakit kut.''Berhamburan ketawa mereka sehingga BADAR di dalam kelasnya menegur.
:) :) :)
No comments:
Post a Comment