KRIIINGG!! Loceng waktu rehat berbunyi menandakan masa untuk para pelajar mengisi perut.Cikgu Suzilah segera keluar dari Kelas 2 Al-Farabi untuk memberi ruang kepada pelajarnya yang sudah memainkan lagu Korea. Putri,Wardah dan Syafiqah memulakan langkah ke kantin tanpa menyedari telah meninggalkan seorang lagi rakan mereka di dalam kelas akibat terlalu lapar. Aishah hanya menggeleng kepalanya melihat mereka bertiga meluru ke luar kelas. Mujurlah hari ini dia berpuasa sunat.
''Aishah, sampai hati kau tinggalkan kitorang tadi kan dekat kantin. Terbangak-bangak kitorang cari kau tau tak?'' Tanya Wardah selepas masuk ke kelas. Syafiqah yang melihat aku merenung mereka bertiga begitu lama mula membuat muka pelik. Hampir menyerupai muka makhluk asing dari planet Amalaka.''Siapa nak air ni?Aku dah kenyang la.Shah, kau nak tak?'' Tasya yang tiba-tiba muncul membuatkan renungan Aishah semakin mendalam. ''Laaa,kau puasa ke?Kenapa tak beritahu awal-awal.''Mujur Putri dapat meredakan keadaan. Hanif yang perasan nama ayahnya disebut terus memandang ke arah kami. ''Apa kau nak anak Awalludin?Sibuk je nak tahu pasal hal perempuan.'' Huh.Syafiqah memang gemar menyergah orang. Tasya, Putri,Wardah dan Syafiqah cepat-cepat meminta maaf kepada Aishah yang sudah terang lagi nyata tidak bersalah sama sekali.
Kehadiran Ustaz Nik Affendy membuatkan anak-anak muridnya kembali ke tempat duduk masing-masing untuk memulakan pelajaran Pendidikan Agama Islam. Suasana pembelajaran yang ceria membuatkan para pelajar 2 Al-Farabi bersemangat dan tidak mengantuk. ''Siapa nak jadi macam Saidina Umar Al-Khattab yang gagah lagi berani, angkat dua belah tangan!''
''SAYA!!!'' Suara dari kelas mereka mampu membuat kelas-kelas lain tertarik ke arah mereka. Syahideen yang bersifat gila-gila itu memandang ke arah kami dan melaungkan ''NGAATTSS!!'' Ustaz Nik yang terkejut itu bersuara dengan loghat Kelantannya.''Eh Syahideen, kamu ni dah buang tabiat ke?'' Seisi kelas bergema dengan tawa kami semua. Akhirnya, waktu persekolahan pun tamat dan para pelajar berpusu-pusu keluar untuk menjamu makanan tengahari di Dewan Makan. Anith dan Huda mengajak mereka singgah ke kantin dahulu untuk membeli air.
''Aishah, nak sikit tak air ni?'' Tasya bertanya kepada sahabatnya itu. ''Tasya, kau betul-betul nak kena ke dengan aku?'' Tasya yang sudah faham maksud renungan itu segera meminta maaf. ''Eh, sorry. Aku terlupa lagi lah.'' Mereka yang lain hanya mentertawakan kami. Wardah, Putri, Syafiqah, Anith dan Laili meneruskan perjalanan mereka ke Dewan Makan manakala Aishah terus pergi ke musolla untuk menunaikan solat Zuhur.Huda tidak menyertai mereka kerana dia tinggal di luar. Maklumlah, anak guru.
No comments:
Post a Comment