AISHAH, Anith dan Shafiqah berjalan menuju ke kelas untuk kelas persediaan pada pukul 3.00 petang. Mata Aishah menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya. Aishah hanya melihatnya dengan pandangan kosong. Tanda tidak mahu menghiraukannya.Aishah kembali melipat kertas di tangannya sambil menundukkan pandangan ke bawah. HAHAHA. Tiba-tiba berderai ketawa Anith dan Syafiqah. ''Kenapa ni?'' Nampaknya Aishah telah ketinggalan sesuatu.''Kau tak nampak ke Azzam pakai songkok macam mana?Lawak tau tak.''Anith menjawab sambil menyambung sisa tawanya. ''Eh Anith, kau nampak tak mata Azzam tadi?Dia pandang kau lah Shah!Aku nampak mata dia tadi pergi arah kau.''Syafiqah beriya membuat kenyataan.''Okey, betul juga apa yang kau cakap tu Piqa.Sebenarnya aku pun nampak jugak.''
''Dah la tu.Malas la nak layan korang ni.''Aishah mendengus.Mereka berdua yang mengerti perasaan sahabat mereka yang sedang berpuasa itu segera menghentikan perbicaraan dan meneruskan langkah untuk ke kelas masing-masing.
Waktu kelas persediaan malam akan bermula pada pukul 9.00 malam.Selepas para pelajar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah,mereka diberikan makanan roh iaitu tazkirah dari pelajar yang terpilih.''Sesiapa yang menyimpan perasaan cinta terhadap seseorang tanpa memberitahunya, lalu dia mati syahid maka dia dikira mati syahid.'' Tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Badar, Muhammad Afiq itu ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam.
Azan Isya' berkumandang. Tanda sudah masuknya waktu Isya'. Para pelajar dibenarkan untuk mengambil air wudhu' selepas majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Jemaah Maahad Dato' Abu Hassan Sail menunaikan solat Isya' berimamkan Ustaz Dahalan yang mempunyai suara yang lunak itu.
''Piqa, Anith. Mari ke sini sebentar.''Aishah memanggil sahabatnya.''Rasanya aku dah tau apa sebab Azzam pandang aku tadi.''
''Mesti kau nak cakap yang dia masih simpan perasaan pada kau lagikan?''Anith meneka.Aishah yang tidak puas hati terus menjeling Anith lalu menyambung kata-katanya yang terhenti tadi.''Sebabnya, normal la kan kalau orang tengah jalan lepas tu pandang orang kiri kanan, kan.''
''Tak normal. Sebab buat apa dia pandang kau sedangkan kitorang yang gelak kuat tadi.Lagipun jarak kitorang lagi dekat dengan Azzam. Takkan la tiba-tiba je dia nak pandang kau?Betul tak, Anith?''
''Alah.Suka hati dia la nak pandang siapa pun.Plus, aku bukannya cantik sangat pun berbanding korang.'' Aishah sudah malas mahu berdebat dengan juara debat tidak bertauliah itu.
''Apa Shah?Kau cakap Anith cantik?''Syafiqah bertanya.''Entah, tak sangka pulak aku ni cantik.''Anith pula membalas.''Patut la pun Syuib suka dekat kau.''
Bergema ketawa kami di dalam kelas. Mujur tiada orang lagi.
No comments:
Post a Comment