Tengahari tu, aku masuk bilik BBM macam biasa. Cikgu Zawiyya suruh bawak pencil box dan buku karangan.
Masa nak tarik kerusi tu,
" Wan, aku nak duduk sebelah rabi la. Kau duk la sana. "
Aku memang malas betul nak bertekak dengan Eyka ni. Ada je benda dia nak cari pasal. Kerusi sebelah Farah ditarik, aku labuhkan duduk kat situ.
'' Okey semua orang dah duduk ? Harini cikgu blablablabla " entah apa cikgu cakapkan aku pun dah tak ingat.Yang aku ingat bila.....
" Awak tau tak Abang Nasha dapat anugerah pelajar stpm terbaik malaysia ? Haa, kejap cikgu tunjukkan video dia. " Cikgu Zawiyya berjalan ke meja depan untuk ambil tab dia. Tiba-tiba muka cikgu lain.
" Aishah, Aishah."Aku pandang cikgu. Mungkin cikgu lupa dalam kelas 5 sina ni ada lima orang 'Aishah' agaknya. Aku sambung balik buat ringkasan dalam test pad. Mana lagi isi untuk punca-punca masalah kesihatan ni ? Tadi baru jumpa empat, lagi dua.
" Wan Aishah. " Pekehal pulak ni? Aku tahu semua mata tengah pandang aku sebab yang duduk depan semua pusing belakang. Cikgu tunjuk tab dia kat aku. Zai***** ****** ? Ni bukan whatsapp ibu ke yang ada gambar Tuti ni ?
' Assalam cikgu, saya ibu Wan Aishah. Nak bagi tau nenek dia baru je meninggal semalam 4 March. Kami dalam perjalanan balik ke Terengganu. '
Pandangan aku terkalih pada Baby G merah aku. Harini 5 Mac. Semalam.
" Takziah Wan. Takpe, sabarla ye. Semua orang akan mati, cikgu ni pun tunggu masa je. "
Aku cuba senyum. Aku tahu memang senyuman tu tak ikhlas sebab aku dapat rasa kepahitannya. Air mata yang bergenang mula jatuh. Aku biarkan. Tak rasa nak lap air mata yang dah nak mula jadi anak sungai.
" awak nak call ibu awak tak ? nah, ambik phone cikgu ni, call. " Aku sambut huluran cikgu. mata aku hanya menatap phone biru tu, rasa strength aku dah hilang. Tapi ibu jari lambat-lambat menekan nombor 019 xxxxxxx.
Aku padam balik nombor ibu. Lagi sekali, 0196
Arggh. Ya Allah ! Come on Shah, jangan lembik sangat. Aku pesan kat diri sendiri.
Aku pandang seluruh kelas. Mereka masih dengan pembelajaran tadi. Farah pandang aku, dan terasa bahu digosok.
" Hello, bu? "
" Hello. Aishah ? " Dengar suara ibu buat air mata aku tak segan nak jatuh lagi.
" Shah, dengar ni. Ibu dengan abah kat kubur ni. Semua orang ada kat sini. Baru je selesai kebumi."
Aku hanya boleh balas cakap ibu dengan anggukan, walau aku tahu Ibu tak nampak. Aku terfikir apa perasaan abah, bila hilang mak kandung sendiri. Aku tak boleh nak letak imej aku sendiri dalam 'kasut' abah. Tak bolah nak bayang kalau nenek lagi satu diambil. Ya Allah, jangan lah !
" Kitorang bertolak ke sini pukul satu pagi tadi. " Ibu masih bercakap, tapi aku tahu ibu tengah sebak. Aku dengar tak dengar apa ibu cuba sampaikan. Saat ini, aku masih mengharapkan parents aku jemput aku dulu kat asrama sebelum bertolak.Masih nak gambarkan aku lipat baju dengan tergesa. Lagi, air mata semakin lebat mengalir.
" ...........hmm. Bai." Talian diputuskan.
Waktu Bahasa Melayu dah habis. Cikgu suruh masuk kelas. Instead of naik atas, aku terus belok pergi tandas. Aku tengok cermin. Aku tak percaya benda ni dah jadi. Aku ingat lagi bila....
* *
Harini hari pertama aku masuk kelas 5 Sina. Rasa awkward pun ada, yelah, orang lain dah mula belajar dua hari lepas. Aku baru nak masuk.
Ustad Khairi Jamaluddin masuk.
" Aishah yang Terengganu tu dah datang dah? " Aku angkat tangan sambil tersengih.
" Awak sempat jumpa nenek ? " Ustad tanya.
" Err..sempat. " Aku pelik. Sejak bila tok aku dah takde. Aku pandang deskmates aku - Eyka, Rabi dan Farah dan berbisik.
" Tok aku ada lagi kut. " Diorang angkat bahu. Aku pun fikir ustad salah info ni.
Aku simbah air ke muka. Untuk sedarkan diri, supaya kembali ke realiti. Bila rasa hidung nak mula hilang merah, aku masuk kelas.
Cikgu Azira dah masuk.
" Sorry cikgu, saya pergi toilet tadi. " Cikgu Azira angguk dan aku terus ambil tempat duduk. Sambung belajar Janjang Geometri pulak.
* *
Exam bulanan pertama lagi dua hari. Bagus lah harini hari Sabtu, boleh aku ulangkaji Biologi dengan hafal nota Arab. Aku pilih tajuk form 5 dulu. Tajuk Pergerakan dan Sokongan.
Pembengkokan tangan. Otot tangan terdiri daripada otot biseps dan otot trisep. Apabila otot biseps mengecut, otot trisep akan mengendur. Maka lengan akan ditarik ke atas Pergerakan ini berlaku kerana otot biseps dan trisep yang bersifat antago.... Kalau tok dah takde, habis tu nanti mesti la jarang balik Terengganu. Habis tu, mana nak dapat nasi dagang dengan satay pagi-pagi raya ?
Mok Jah, Pok Man semua tu, bila lagi nak jumpa ? Bila tok dah takde, sapa nak datang rumah kalau raya ?
Teringat masa jaga tok kat wad hospital, kali terakhir. Aku datang sekolah labat pun sebab tok emergency masuk wad.
Teringat masa abah bagi tok minum susu, guna tiub. Aku tak tahu sakit ke tidak bila kotoran dari perut tok kena sedut.
Teringat bila abah suruh aku urut badan tok. Aku sapu minyak angin perlahan-lahan. Aku pandang muka tok. Tok mesti tak kenal aku dah. Tok dah tak boleh cakap. Dah la aku jarang balik kampung jaga tok.
"Ya Allah." Masa tu aku rasa air mata aku memang dah pecahkan empangan kut. Keluar ikut suka.
" Wan, kau makan kat DM tak ? " Suara Eyka mencelah di tengah keserabutan otak aku.
" Hmm, jomlah. "
* *
" Fasubhanalazi biyadihi malakutu kulli syai qodir. sodaqallahul a'zim. "Alhamdulillah. Dah baca Yaasin untuk tok. Hati aku tenang.
" Wan, wan. Nak tau tak ? Ta..." Pah yang baru sandarkan tubuh kat rak buku mula nak bukak hikayat dia.
" Hmm, nanti lah Pah. Aku nak keluar jap. Malam nanti kau cerita eh ? " Aku keluar dari surau.
Langit masih cerah. Aku tergelak sendiri. Nampak sangat first time datang surau awal. Biasanya dah dekat azan baru nak bukak Quran.
Betullah. Manusia ni, bila dia susah, dia cari yang Maha Segala.
Bila dia lemah, dia cari yang Maha Kuat.
Bila dia hilang harapan, dia cari tuhan pemegang hati.
Bukan tak pernah baca, bila orang share kat Facebook.
Bukan tak pernah terasa, bila ustad beberapa kali ingatkan. Masa tu, aku cuma tersenyum.
Rupa-rupanya, baru aku rasa bila betul diuji. Ustad pernah baca ayat Quran,
" Jangan mengaku kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji. " Lebih kurang macam tu.
Langit dah mula gelap. Burung- burung pun dah bising nak masuk sarang. Cuma, aku terfikir, sampai bila aku nak bersedih dengan satu kematian, sedang masih beribu orang yang aku sayang masih hidup kat bumi ni ? Sampai bila aku nak membisu dengan kawan-kawan, yang semakin pelik dengan perangai robot aku dua tiga hari ni ?
" ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ! "
Kini sungguh, aku dah figure out.
Allah takkan uji makhluk Dia yang lemah.
Sungguh aku tahu, abah memang kuat.
Begitu juga Ainor Faqihah. Al- fatihah.
published : 17/3/15
edited : 3/2/16
No comments:
Post a Comment