" Kau tipu aku kan ?" RJ terus terjah Dee. Langsung tak bagi salam !
"Tipu kemendanya ?" Pasai pa pulak aku nak tipu dia. Fyi, I'm the most honest girl in the whole class of 4 Soni. Tak hirau dengan laungan RJ tadi, Dee terus berjalan ke rak buku. Nak ambil module PSI Ustaz Aimin, balik cuti ni dia suruh kumpul. Hang gila tak siapkan ? Nak hancuq kena bedai dengan rotan buluh 3 inci tu ka ?
" Kau kata teacher's edition Chemistry dekat Ayie, tapi tadi aku nampak dia bawak 2 buku tu apahal?"
"Ish tu buku orang lain la, dia tolong bawakkan. "
" Ahh tipu !"
Dee memandang Arjuna dengan kening double jerk. Pekehal mamat ni pelik semacam. Biasanya tak pernah cari pasal dengan aku.
"Tak caya sudah."
"AKU AKAN CARI KEBENARANNYA ! " RJ angkat tangan gaya Superman. Kahkah badan keding ala Cicak Man boleh berangan pulak jadi super hero. Lawak.
" Suka hati kau la. "
Dee malas dah nak melayan. Dia mencari pula di bawah meja. Buku tu memang dah hilang atau aku dah buat pekasam ? Tak senang betul nak cari lama-lama kat sini, dah la aku sorang je perempuan. Anis ni pegi tunggu kat luar tu buat hapa ?!
" Eh Dee ! Persembahan tadi sedap tak ? " Arjuna bertanya, manalah tau kut hati girl of platnum ni boleh cair. Alkhem yang dari tadi menunggu RJ memasukkan buku-buku yang maha banyak ke dalam begnya hanya memerhati mereka berdua. Beberapa pasang mata milik Fais, Khaleed dan Boy juga setia menanti jawapan Dee.
Tahu lah diorang yang perform, kut ye pun tak payah la desperate nak mintak compliment.
" Tak. "
Berterabur ketawa empat lelaki itu.
" Kau ni. Jawab biarlah berlapik sikit. "
RJ tersengih mendengar jawapan Dee.
" Aku main guitar okay kan ? "
RJ masih mengharapkan jawapan daripada Dian.
" Tak. " Muka Dee memang heartless habis. Langsung tak ada belas.
" Dah la RJ. Tak usah kau harap empathy dari Dian Hannah sorang ni. " Boy mencelah. Memang Dee sengaja beri jawapan tu untuk halau The Archetes berlima tu dari kelas. Dia yang sejak tadi mencari, akhirnya nampak 'kelibat' module PSI itu. RJ menyarung beg galasnya. Matanya menangkap coklat Vochelle milik Dee.
" Jom barter dengan aku. "
" No way. ''
" Aku ada Dynamite. Sedaaappp ~ "
" Setakat gula-gula 5 sen tu aku petik jari boleh dapat la. "
" Hek eleeh. Tau la anak millionaire oi."
Sekali lagi Dee memandang RJ dengan muka feelingless.
" Alaaa boleh laaa. "
RJ tahu Dee memang tak makan pujuk rayu orang. Nak tengok setebal mana platnum hati dia. Punya lah susah nak cakap dengan budak sorang ni. Bukan senang dapat chance macam ni. Hailaa, teruk betul aku ni.
" RJ ! Awal lah ! " The Archetes yang lain dah lama bertapa menunggu budak sorang ni.
" Coming ! Dian, jumpa lagi seminggu. '' RJ mula mengeluarkan ayat muntah hijaunya.
Dee membuat muka #muntahijau . Arjuna berlalu dengan geng The Archetes. Dee sudah pun selesai mengemas buku. Then she stepped out from Kelas 4 Soni with a meaningful glance.
Anis menarik nafas lega melihat Dee keluar.
" Kata kejap, tapi tengok ni ! Berpeluh aku tunggu kau tau tak ? " Anis membebel.
"Ada hal tadi. Takpe, nanti singgah kantin beli air. "
" Belanja." Anis memang kedekut tahap haji bakhil. Kalau desperate nak minta tolong baru sanggup keluarkan duit. Dee hanya mengangguk sebagai tanda ' penghargaan' untuk hajah bakhil itu.
to be continued, anda...
No comments:
Post a Comment