" Ma, Hana gi dulu eh. " Kata Hana sambil mencium tangan ibunya.
'' Hmm yelah. Drive elok-elok. Jangan speed sangat. " Pesan Puan Fauziah.
" Entahnya akak tu. Tau la dah lama tak drive, kang dengan makcik sebelah kereta pun nak ajak race!" Terbahak Farhan selepas mengusik kakaknya. Hana sempat menarik telinga adiknya sebelum berlari anak ke porch yang meletakkan Toyota Prius milik ibunya.
' Tak sabarnya nak jumpa Rina! Mesti kecoh bila jumpa dia nanti ! ' Monolog Hana sendirian sambil memandu kereta itu ke kafe Delifrance. Tempat 'meeting' mereka hari ini. Tangannya segera memilih saluran Hot FM di radio untuk menemani paginya. Hana tersenyum sendiri. :)
Nombor Rina banyak kali didailnya. " Ish apasal tak dapat ni? '' Hana yang sendirian di tengah-tengah kafe itu mula gelisah apabila kelibat kawannya masih lagi tidak kelihatan. Langkahya mula ke kiri, ke kanan, ke kiri,ke kanan berulang kali.
Waiter yang sedang berjalan menuju ke sebuah meja yang diduduki oleh sepasang suami isteri itu perasan akan kehadiran seseorang di situ. ' Orang ni memang tak reti nak duduk dulu ke' Hatinya berkata.
Selepas menghantar pesanan suami isteri itu, dia menegur seorang perempuan muda yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.
" Cik, boleh saya bantu? "
" Eh tak de apa pun. Saya tengah tunggu someone ni. " Sopan Hana membalas.
" Okay lah kalau macam tu, but please have a seat first. " Pelayan itu membawanya ke sebuah meja lalu mengambil pesanan Hana sebelum menyambung kerjanya semula.
' Sengal je lah budak ni. Dah lama aku tunggu kat sini boleh dia tak perasan aku ! Hisyy !! '. Rina mendengus lalu mendekati meja yang diduduk Hana. Rina dengan selamba menarik kerusi lalu mengambi tempat di hadapan kawannya.
" Whaaa what the.. " Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya apabila seorang perempuan secara tiba-tiba duduk di mejanya.
" Rileks rileks. Aku tau kau excited nampak aku... " Rina masih membuat mukanya yang selamba sambil memeluk Hana dari tempatnya.
" WEHH kau ni !!! Penat aku call, sms, whatsapp kau...macam-macam aku buat kau tak respon apa pun ?? " Hana meneruskan kata-katanya walaupun masih terkejut dengan kehadiran Rina.
" Heeyy aku dah berjanggut duduk kat situ haa kau tak perasan aku ke? "
" What did you say ?! Kau ada kat sana? "
" Yes I did." Rina membalas tanpa riak muka.
'' Eh sorry sorry sangat !! Aku tak perasan kau kat sana ! " Hana tak sedar yang dia sudah menarik perhatian beberapa 'penonton' berhampiran mereka. Mereka hanya memandang sekilas dan menyambung sarapan pagi mereka kembali. Sementara itu Rina berusaha keras melepaskan dirinya daripada pelukan Hana.
'' Eh dah dah ! Lemas aku ni ! "
" Hehe.. sorry buat kau tertunggu-tunggu. " Hana hanya tersengih semasa kembali ke tempat duduknya.
Pelayan yang membantu Hana tadi tersengih apabila dia tiba di meja mereka berdua.
" Nampaknya cik dah jumpa orang yang cik tunggu tadi. "
" Saya yang tunggu dia sebenarnya . '' Rina membalas pedas kata-kata pelayan lelaki itu sambil menjeling Hana yang tersipu malu itu.
" Your order please. "
* * *
" Sekarang ni kau pulak kena teman aku. Tadi aku dah teman kau pergi MPH kan? "
" Alaa nak pergi mana pulak ni ? "
" Adalah. Kau ikut je ~ " Rina tersengih lebar memandangkan 'plan' yang dirancangnya bersama seseorang bakal menunjukkan impak positif.
Rina menyuruh Hana memandu keretanya ke Pantai Klebang. Di situ lah tempat mereka selalu berjumpa untuk study group bersama Aliya dan Sufian pada waktu petang. Rina sengaja membaea kawan baiknya itu supaya mereka dapat mengenang kembali memori indah mereka bersama sewaktu zaman persekolahan. Hana mengajak Rina membeli aiskrim di tepi jalan.
Mereka berdua terdiam ketika menikmati aiskrim sambil mengimbau kembali hubungan yang pernah terjalin di antara mereka berempat. Sufian seorang saja lelaki, tapi mereka tak kisah sebab dia seorang yang pandai. Orangnya sangat menyenangkan dan tidak kedekut ilmu.
Dalam ketenangan angin yang meniup ombak itu, Rina sedikit gelisah. Risau akan rancangannya tidak menjadi. ' Ish mana dia ni ? Hari tu beriya kata nak jumpa dengan Hana. ' Rina bermonolog.
Hana tersentak buat kali kedua apabila seseorang duduk di sebelahnya sambil menghulurkan belon berwarna biru. Hana memandang Rina yang nampak lega. Mukanya yang berkerut jelas menggambarkan dia kebingungan. " Siapa ni ?! " Hana berbisik.
No comments:
Post a Comment