Wan Aishah

Friday, 18 October 2013

Bintang jangan kau datang, eh Zubab mari lah sini !


Hana menarik nafas lega. Bersyukur dapat menjejakkan kakinya semula di bumi Malaysia kembali.Kakinya melangkah menuju tempat menunggu. Sepuluh minit kemudian....

''Eh jauh menung. Tak nak balik rumah ke?'' Suara macam kenal.

Hana toleh ke kanan. ''ADIK !'' suara teruja semacam. Terus dipeluknya Farhan ketat-ketat.

''Eh apa ni?! Kut ya pun rindu jangan la sampai  nak bunuh orang.''

Terus dia mengetuk kepala Farhan sambil tersengih lebar.

''Dah jom lah pergi sekarang ! Tak sabar nak jumpa orang kat rumah tu.''

Farhan hanya menggeleng dan terus mangangkat beg kakaknya yang baru pulang dari Brooklyn, United States.Sudah tiga tahun kakaknya bermaustautin di negara orang. Rindu yang disimpan kini sudah terlerai selepas melihat wajah gembiranya pulang ke tanah air.

Dalam perjalanan ke rumah mereka di Bangi, Adik beradik tiri itu tak berhenti berceloteh.

''Kau untunglah kak.Dapat study oversea.Aku pun nak jugak.''

''Hmm... Alahamdulillah la.Eleehh aku yakin kau mesti dapat jugak nanti.By the way, bila result biasiswa kau nak keluar?''

''Result keluar Isnin depan.Aku request UK la kak.Amacam? Okey tak kau rasa?''

''Apa yang tak okeynya? Mesti okey punya lah. Kau kan 'rajin'. Campak kat mana pun balik sini pun graduate punya.''

''Tau pun aku rajin.Haha. Bagus la kau ni kak.'' Laju tangan Hana menolak kepala adiknya.

''Hoi apa ni main kepala?! Dah belajar oversea pun perangai macam orang gila.'' Farhan membebel.

''Apa pulak? Kau lagi gila. Membebel kalah Tok Bedah !'' Ketawa Hana meletus. Masa berjalan laju hingga tidak sedar mereka sudah sampai di depan rumah.Hana berlari ke arah baba dan mamanya yang setia menanti di halaman rumah.

''MA ! BABA! Rindunyaaa!'' Hana memeluk mereka seperti anak kecil yang baru lepas dijumpai setelah diculik.

'Kalah budak jiran sebelah ni. Manja gila dengan ma dan baba.' Monolog Farhan sambil menggeleng kepalanya buat yang entah ke berapa kali.

                                                                         * *

No comments:

Post a Comment