Wan Aishah

Saturday, 10 August 2013

RAYA~

Dah hari raya ketiga dah.

Bahang raya masih aku tak rasa.

Entah tatau kenapa.Sebab ramai cikgu dah pesan suruh raya sehari je kut.

Eh. Taklah.Aku memang takde mood raya yang gila-gila tahun ni.Gambar raya pun tak ambik.

Biasanya akulah yang beriya. Ah biarlah.

Nak tulis pasal dari hari raya pertama.

Malam raya tu, nenek, atuk dengan pak ngah dah sampai.Cuma baju raya aku je yang tak ambik lagi kat kedai.So malam tu pergi Tampin dengan abah untuk ambik baju kat tailor tu but dia cakap still tak boleh siapkan. Dia suruh ambik je baju kat kedai dia tu yang dah siap. Aku pun pilih dengan perasaan yang tak 'selera' nak pilih, sampai kakak dengan abah aku yang piihkan. Aku memang tak tau nak pakai baju kaler ape. Last-last ambik kaler biru plain yang ada tone. Abah suruh ambik lagi sepasang but I said no. Dia yang ambikkan and I just say okay. Balik rumah tunjuk kat ibu then pak ngah kata ''Aisyah pakai baju BN la esok !!" Aku beriya buat muka untuk denied 'pernyataan' pak ngah aku.

First day raya...

After solat kat masjid,family aku beraya - mintak maaf,cakap selamat hari raya, bagi &dapat duit raya and so on. Lepas tu abah pergi kerja and kitorang bertolak ke PD. Kalau kat N9, kat situ lah sedare mare kitorang yang paling dekat.Kat situ pun semua adik-beradik belah nenek aku, even asal dari Kedah.Entah macam mana boleh tercampak kat sini tah -_- Beraya kat sana,seronk la jugak tapi aku je yang jenis tak suka orang ramai-ramai,tak pandai nak borak-borak mesra ke apa,Kot cakap-cakap biasa tu boleh la...*pendiam la kan* Balik rumah pun dah maghrib.Penat yang amat !

Second day raya...

Ibu memang dah ajak sedara kat PD tu ramai-ramai datang rumah. Pak ngah buat kuey teow dengan mi goreng, ibu buat nasi arab. Eleh, kat rumah kitorang bukannya ada kuih raya yang special pun. Ibu memang tak nak hidang biskut banyak sangat sebab kat every rumah pun mesti ada biskut raya jugakkan..so ibu banyak beli kerepek, keropok dengan kacang-macang je. Malam tu, pegi Pizza Hut sebab tak tau nak dinner apa. Pak cik datang jugak. Seronok tengok sepupu aku tu main. Omeyy je :)

Third day raya...harini lah..

Tak de ape pun. Students ibu je yang datang, tu pun baru lepas maghrib tadi. Ibu je la yang layan diorang. Haa ! Nak tau tak?! Students ibu aku tu,diorang pulak yang cium tangan aku ! Ehh penat aku 'eh eh' dengan akak-akak tu, diorang pun 'eh eh' dengan aku.Rasa nak ketuk je kepala. Tau la body aku ni macam budak U, tapi tak payah la macam tu sangat... Ishh tak sukaa ! Tengok la nanti aku jadi budak U dari UK nanti,baru tau. Tapi aku ni bukannya ada orang kampung yang akan hantar & jemput kat KLIA nanti. Kalau ada kan seronok >-<

Isnin ni nak pergi beraya dengan kengkawan sekolah rendah dulu.Tapi tak tau la jadi ke tak.Harap-harap jadilah. Dah lama tak jumpa diorang. Selasa pulak, nak balik Terengganu. Tengok tok dengan tok ki. Nenek, atuk dengan pak ngah dah balik pagi tadi. Pak cik pun sama. Dah la. Tu je kut.

p.s : tak penah sangka ada orang tengok semua entry mengarut dalam ni. buat malu jee.

No comments:

Post a Comment