ALEX menapak di sebuah kedai buku yang menjadi port kebiasaannya selepas jamming bersama Zack, Am dan Fend.Alex pergi ke bahagian music untuk mencari buku tentang gitar.Gitar kesayangannya tidak lagi menghasilkan bunyi yang sepatutnya akibat salah satu talinya terputus.Alex mahu mencari buku tentang cara untuk memilih gitar yang baik untuk rentak yang dimainkannya.Walaupun takut akan kehilangan Beauty,dia harus ikhtiar untuk mencari yang lain.Itu fikirnya.Hidup harus diteruskan :).
'ALLAHUAKBARALLAHUAKBAR!'
Azan Maghrib kedengaran dari masjid berdekatan.Kakinya sudah lenguh membelek buku-buku di situ.Alex menoleh ke kiri dan kanan.Kosong.Sudah dua jam dia berdiri.Jam G-Shocknya menunjukkan pukul 7.10 malam.Alex melangkah keluar untuk menjawab panggilan itu.
Usai solat berjemaah,Alex menyarung sneakers birunya.Dia menyambung langkah untuk mencari buku itu.Bahunya terasa ringan-seolah beban itu ditinggalkan.Alex berhenti mengejut.Baru die teringat yang Beauty masih lagi tersandar di tiang masjid tadi.Alex bergegas ke tadi.Alex mencari-cari bentuk gitarnya itu.Dia memandang ke arah tiang tersebut.Tiada.Alex mendengus.Kesal kerana terlalu cuai.
"Adik!" Alex dapat merasakan suara itu memanggilnya.Dia menolah ke belakang.Kelihatan seorang pemuda tersenyum manis.
"Tadi adik tertinggal gitar ni kan?Ada orang suruh abang bagi balik.Nah." Kata Baddrul sambil menghulurkan Beauty.Alex terpempan.Bibirnya spontan mengucapkan syukur.
"Trimas bang.Penat carik kat sini tadi.Ingatkan dah ada orang bawak lari tadi.Alhamdulillah,Beauty ada kat tangan orang yang baik macam abang ni"Balas Alex sambil tersengih. "Jomlah saya belanja abang makan."
"Err Beauty?"Baddrul mangangkat keningnya. "Ohh tu nama gitar saya."
"Lahh yeke?Ok lah kalau macam tu sebab perut abang pun dah nyanyi Grenade dah ni.Hehehe."Baddrul berseloroh.Mereka ketawa serentak-seperti dua sahabat baik yang sudah lama kenal.
Setelah mencari-cari restoran,akhirnya mereka masuk ke dalam Restorang Jambul.Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai,mereka berbual kosong.
"Eh, dah lama kita borak,tapi nama pun tak tau lagi.Ok, nama abang Baddrul.Panggil Badd je."Baddrul memulakan perbualan. "Haah la.Nama saya Sarra Alexa.Saya pelik sikit sebab my dad Caucasian.My mom orang sini.Panggil je Alex."Alex cuba menjadi peramah walaupun sebenarnya dia seorang yang agak pendiam dengan orang yang tidak dikenalinya.
''Hadoihh patut la pun.Badd ingatkan Alex ni omputih yang dah lama stay sini.Speaking Malay lancar semacam." Baddrul menggaru kepalanya yang tidak gatal.Seorang pelayan datang sambil menatang dulang yang berisi makanan yang dipesan.Alex menjemput Baddrul makan.
Pertemuan malam itu membawa sebuah kisah yang menakjubkan. *Bersambung*
"
Hoi gila lawak aku tulis cite ni.Rasa nak gelak guing2 je bile bace balik.Acano lah nak jadi novelis ni.
ReplyDelete