Wan Aishah

Saturday, 6 October 2012

Maaf Ku Pinta I

Dedaun kering jatuh berguguran Sudah tiba masanya untuk kembali pada Tuhannya.Sedang masih banyak yang masih kukuh bergayut di reranting pohon hijau.Angin yang kencang menampar mukanya yang sedang merenung ciptaan yang Esa.Hannah lantas tersedar dari lamunannya.Segera dia beristighfar.Kedengaran dari jauh suara Nawal memanggilnya.
''Hannah, saya ada pesanan untuk awak ni.Shahideen suruh awak turun ke kafe selepas Asar nanti.'' Nawal meyampaikan pesanan teman sekuliahnya yang ditemui di surau.
''Okeylah,nanti awak tolong temankan saya,boleh kan?'' Tanya Hannah.
''Eh!Mestilah saya kena temankan awak. Kalau ada orang yang hendak kacau awak nanti,macam mana?Saya juga yang susah.''Nawal bergurau.
''Sayang awak,Nawal!''
                             :)                                     :)                                     :)
Shahideen menunggu kedatangan sahabatnya itu.Hannah ialah sahabat karibnya sejak sekolah rendah lagi.Bukan sahaja berkawan,malah mereka juga berjiran.Kisah pengenalan mereka bukan seperti orang lain.Berbeza.Ketika itu,masing-masing masih tidak mengerti.Peperangan yang dilancarkan secara tidak sengaja membawa kepada persahabatan yang kekal,hingga kini.
  Hannah membaling bola ke arah buaian yang tergantung di pokok rumah milik neneknya.Namun sasarannya terkena kepala seseorang.Seorang budak lelaki yang panas baran.Budak lelaki itu mengambil bola tersebut lalu membalingnya ke arah seorang budak perempuan yang tidak pernah dilihat mukanya di kampung itu.Hannah yang pantang dicabar terus-terusan melawan sehingga pergaduhan itu dileraikan oleh Nek Yam,nenek kepada Hannah.
''Ya Allah!Sudah-sudah la tu.''Namun,kata-kata itu langsung tidak mengganggu kosentrasi kedua-dua anak kecil itu.
''Nek!Tengok lah budak ni.Dia jahat.Hannah tak buat apa-apa pun kat dia''Hannah mula merengek kerana sudah tidak tahan akan serangan bertubi-tubi oleh budak lelaki itu.
''Deen,cukuplah tu.Kesian Hannah.Pergi balik rumah,nanti ayah Deen marah nenek pulak.'' Nek Yam cuba memujuk.
  Keesokan harinya,Hannah duduk sambil melukis pemandangan sawah padi yang tenang.Ditambah warna kuning pada cahaya matahari menggunakan krayon.Hannah tidak pernah mensia-siakan bakat yang diberi Ilahi. ''Woi!Kenapa awak datang sini?Ini tempat saya.''Hannah memandang arah suara itu.'Oh,tidak!Budak jahat semalam', hati Hannah berkata.
''Saya minta maaf.Saya tak tahu ni tempat awak.Boleh saya kongsi tempat ni dengan  awak?''Hannah mengharap.Akhirnya,mereka berkawan kerana sikap terbuka antara dua pihak.
  ''Asslamualaikum.Deen sihat?''Suara lembut itu mematikan lamunannya.
''Waa'laikumussalam.Alhamdulillah,awak?
''Syukur,masih sihat.Jadi,awak nak cakap pasal apa ni sampai suruh Nawal pesan?''Matanya liar mencari Nawal yang pergi memesan makanan.Lama betul.Hatinya tidak selesa.
''Saya nak tanya,awak balik kampung ke Petaling Jaya?Kalau balik kampung,balik sama-samalah,ya.''
''Hannah rasa nak jumpa nenek la.Rindu kat dia.Dah lama tak jumpa.''Wajah Nek Yam terbayang di matanya.
''Okey,kalau macam tu,nanti Deen tunggu,eh?''Hannah hanya mengangguk.Matanya menangkap kelibat Nawal yang baru tiba bersama sedulang makanan dan minuman.
''Wah,syok berborak nampak!Disscuss apa?''Nawal menegur mesra.Mereka berdua hanya tersenyum.
''Tak ada apa-apa pun.Borak biasa saja.''Shahideen membalas.
''Jomlah makan cepat.Hannah dah lapar.''Hannah mula menunjukkan muka simpati kepada dua orang sahabatnya itu.Nawal dan Shahideen ketawa kecil.Masing-masing sudah sedia maklum tentang Hannah yang kuat makan walaupun tubuhnya bersaiz sederhana.
  Mereka bertiga menikmati makanan yang terhidang sambil memerhati gelagat pelajar-pelajar University New South Wales.

No comments:

Post a Comment