Walaupun pada pertama kali masuk ke bengkel tanpa sesi pengenalan, sebagai muslim tidak moleklah jika tidak tahu nama rakan sendiri walhal akan belajar bersama-sama dalam tempoh setahun.Aishah mula merasakan pengajaran dari Cikgu Siti Maheran disertai dengan gelak ketawa dan penuh kasih sayang.
Mereka mahu memulakan lukisan unjuran ortografik tetapi Aishah seorang sahaja yang masih belum mendapat pensil 2H dan HB lagi. Aishah pergi ke depan kelas.
''Cikgu, saya tak dapat pensil lagi.''
''Alahai, kenapa tak cakap awal-awal? Nah, ambil pensil 2H ni. Pensil HB ada dekat bengkel sebelah.''
''Aishah nak manja dengan cikgu kejap, cikgu.''
Aishah berpaling untuk melihat empunya suara, Syafiqah dan Wardah.Merah sebentar mukanya.
Semasa Aishah mahu pergi ke pintu yang membahagikan antara dua bengkel itu, Syahideen yang tiba-tiba tersesat dari bengkel sebelah sempat lagi membuat aksi slowmotion.
''Cepat lah.Cikgu nak start dah la.Jangan la main-main.'' Aishah menggesa Syahideen dengan suara yang perlahan, takut didengari cikgu.
''Syahideen, cepat masuk sini. Jangan kacau Aishah.''Rupa-rupanya Cikgu Maheran menyedari telatah mereka berdua sedari tadi.Pelajar lain yang turut menyaksikan tayangan percuma itu pun turut tertawa.
* * * * *
Syafiqah dan Aishah tercegat di hadapan pintu kelas mereka kerana Danial, Syahideen dan Shuhail telah membuat road block. I'tilad atau pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim wajib dijaga menurut syariat Islam.
Pegangan itu tersemat kukuh di hati Aishah.Mereka berdua berpegangan tangan, khuatir jika lelaki bertiga itu membuat respons mengejut.
''Wei, bagi la diorang lalu. Tak baik la buat macam ni.''Shuhail mula menunjukkan simpati.
''Baik konon.Mungumpat je lebih.'' Danial menayang egonya kepada Syafiqah dan Aishah. Ingat kau seorang je ada ego, aku pun ada la,bro.Aishah berkata dalam hati.
''Daripada anta, tak amanah langsung!Buka Facebook,last-last kena marah.Haha!''Kelembutan seorang perempuan pun boleh menggoncang dunia.Aishah masih ingat pesan naqibahnya pada usrah yang lalu.
Aishah menarik tangan Syafiqah yang sedari tadi mendiamkan diri lalu terus berjalan di hadapan lelaki bertiga itu.
Danial, Shuhail dan Syahideen memandang mereka berdua dengan mata yang terbeliak dek kerana terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan oleh rakan sekelas mereka yang tidak pernah melenting di dalam kelas itu.
Pergaulan itu amat penting bagi membuahkan muslimyang sejati.:)
ReplyDeleteCeh..Ceh..Ceh..
ReplyDeleteLike yr STORY sis~
Ngee~
One day u can be a SUCCESSFUL WRITER looh~
~AMEEN!~
ReplyDelete