Wan Aishah

Monday, 23 January 2012

Sementara

                                                                         Sementara
''Cepatlah!" Nabilah menjerit ke arah Humaira yang sedang beratur untuk membeli coklat kegemarannya.Humaira memandang Nabilah dengan pandangan yang tajam. Merah mukanya menahan malu di hadapan pelajar-pelajar lain. ''Ish, sabarlah sikit, orang tengah bayar la tadi. Malu tau orang tengok awak terjerit-jerit macam lelaki.'' Humaira mula merungut. Nabilah dan Humaira meneruskan perjalanan pulang ke asrama selepas tamat sesi kelas persediaan. ''Humaira , kalau ada orang minta couple dengan awak, awak accept tak? ''
                   ''Ish, apa punya soalan lah. Mestilah tak boleh nak terima sebab bercouple tu hukumnya kan haram. Walaupun kita ada perasaan yang sama dekat orang tu, terpaksa la bersabar. Lagipun, kalau kita tak beritahu perasaan kita pada orang tu, lepas tu kita meninggal, Insya-Allah mati syahid. Hadith rasanya tu.'' Amboi, cakap macam pernah ada pengalaman je.'' Jari Humaira mencari pinggang sahabatnya untuk dijadikan santapan. Akhirnya ketawa mereka tercetus semasa melintas jalan. Hon dari kereta mewah itu tidak dapat menyedarkan tawa dua sahabat itu. 
                  Darah merah pekat tumpah ke bumi. Orang yang lalu lalang turut terpegun menyaksikan kejadian yang tidak diingini itu. Malah Nabilah juga tergamam melihat percikan darah di tudung labuhnya. Humaira sudah pergi mendapatkan seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa kecelakaan itu. Seorang pemuda keluar daripada pintu kereta Mazda 3 tersebut dan terus berlari ke arah mangsa. Waktu berjalan dirasakan begitu perlahan.
                 Pemuda berkaca mata  itu segera mendukung tubuh longlai wanita itu ke dalam keretanya dan mengajak Humaira untuk mengikutinya. Humaira menarik lengan Nabilah yang masih terpaku di atas jalanraya. 
Kereta yang dinaiki meluncur laju masuk ke Hospital Besar Sultan Zainal Abidin. Beberapa orang jururawat mengusung tubuh wanita itu ke dalam wad lalu meninggalkan mereka bertiga di luar. 


                                                                                                                                  bersambung

No comments:

Post a Comment