Wan Aishah

Wednesday, 25 January 2012

Sementara 3

''Hah, abi tu,kerja elok-elok. Nanti dah dapat gaji boleh bawa ummi dan Ara pergi shopping. Ummi, jaga rumah baik-baik tau. Pak Din, jom pergi sekarang!'' Pemandu keluarga itu sudah lama bekerja dengan mereka. Hampir 10 tahun sejak Encik Qhairul dan Puan Shima berpindah ke negeri yang terkenal dengan keropok lekornya. '' Amboi, banyak betul Ara cakap hari ni.'' Pak Din memerli sambil menjeling ke arah cik mudanya yang sudah tersengih bagai kerang busuk. 
Humaira melambaikan tangannya ke arah Pak Din selepas keluar dari pintu kereta Mercedes keluaran terbaru itu. ''Hai! Ceria nampak.'' Nabilah yang bersikap gila-gila itu setia menyambut sahabatnya setiap pagi. Humaira menggeleng sendiri apabila terkenangkan bagaimana mereka menyulam benang persahabatan pada tiga tahun yang lepas. Huh, dah tak betul dah agaknya  kawan aku ni. Nabilah mengomel dalam hati.

No comments:

Post a Comment